Jan 25, 2017

Adam dan Taska

Sekarang ni kesian kt adam sbb adam masih dlm kelas playgroup. Lepastu dia yang paling tua. Hehehehe. Sbb lahir bulan 1. Kawan2 dia yang tahun lepas semua dah masuk kelas nursery sbb dah 4 tahun. Klu scroll post kt bwh2 ni….tu la kwn2 adam da masuk kelas lain. Kesian pula kt adam. Xpela, x cukup umur lagi…lgpn adam pn x pandai ckp lg…elok jg la. Hihihi. Harap adam dpt cakap tahun ni…sng sikit masuk nursery next year.

13502947_1816593518575136_2380155482358335003_o

Jan 23, 2017

Happy New Year 2017!!

Happy New Year everyone!!!!! Lamanya dah x memblog. Last was in 2015!!!! Kenapa saya dah lama menyepi?

1. Kekangan masa
2. Muncul apps baru2 seperti instagram
3. Livewriter dah x support blogspot.
4. Busy!!!! (sama point no 1)

Kenapa tetiba pula nk memblog?

1. Ada sedikit masa terluang
2. Dah ada Open live writer apps. Memudahkan penulisan blog
3. Nak share psl speech delay anak
4. Nk tiup habuk Smile with tongue out
5. Kawan lain masih gigih mengupdate blog

Padahal karang post pendek ni pun ambil masa berjam-jam. Tapi okla bila ada open live writer ni sng sikit nk save draft lepas tu baru post.

Oklah, jumpa lagi di post akan datang. Hehehehe

Jul 31, 2015

Jamuan raya taska adam


Sehari lps blk perlis,cpt2 fikir nk msk apa? Decided nk bake banana muffin sbb plg sesuai utk toddlers ni kn. actually buat 2 batch..1st batch x jd...x tau pasai apo. Haha. So bg 12 muffin je kt bdk2 ni. Cian btl. Ofi bg duit raya..hehehe...gmbr courtesy from taska adam






Jul 30, 2015

Adam's new taska

Adam paling kecik dan plg muda. Sian pula. Harap dia boleh berdikari dan bergaul dgn rakan-rakan


Happy Birthday to me!!!

Birthday hari tu biasa2 je sbb otw dari perlis ke kl. So byk spend time dalam kereta.

Tetap ada celebration!! Padahal mkn kt luar je cuma tempat special sikit dari hari biasa. Hehehe. Birthday hari tu pi johny rocket, yg ada org menari2 buat show setiap 20 minit. Heheheh. Dgn kedai sushi jepun kt klgcc. Yummy!!! Lepas tu episod adam allergic seafood lps maknye makan sushi. Hahahahah

Meh tgk gambar...dap dap dap..






Jul 1, 2015

Don't Judge!

Selama saya menjadi seorang ibu (chewah!!!) saya suka join group2 parenting, forum, fb group dan byk lagi. Salah satu sebabnya adalah pengalaman dari ibu bapa yang telah melalui fasa-fasa tertentu. Bak kata orang teori boleh baca, tp bila praktikal dah jadi lain. Heheheheh. Tapi ada satu benda yang saya x berapa suka kt group2 ni adalah 'Judging other parents'. Saya percaya semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anaknya. So, kita sebagai orang luar daripada keluarga tersebut, jangan lah pandang hina ataupun cakap tak elok pasal depa ni. Cara kita besarkan anak-anak mestilah berbeza. Bila saya nak sokong ibu bapa ni, serba salah pula nnt orang ingat saya pun sama. Aduiii!!!

Contoh terbesar yang saya nampak pasal susu ibu. Semua orang tahu susu ibu adalah susu yang terbaik sekali untuk anak. Tapi bila ada yang bagi formula kat anak masing-masing, janganlah terus menghukum ibu tu. Ni klu saya sokong ibu tu dlm fb page...mesti kena bash sekali ckp saya pn bg anak formula. Hehehehe. Yes!! Mmg betul pun saya bekalkan formula kt taska adam lps dia umur setahun, takut2 kalau x cukup (tp selalunya cukup, Alhamdulillah). As I blog earlier...waktu PMS mmg hormon x betul...supply pn kurang. So saya pn terfikir benda yang sama...ibu2 yang x mampu bagi susu ibu tu mungkin ada masalah sendiri. Dah buat power pumping, dah try galactagogue ke...supply masih kurang...semua tu rezeki masing2. Stress kat tempat kerja ke? Kita mana tahu.
Mgkn dah cari ibu susuan pn x dpt. So jgn bash diorang. Kita just bersyukur alhamdulillah lah kita ada rezeki lebih bagi susu kita kpd anak kita. Kalau di tarik serta merta???

Satu lagi pasal perubatan-perubatan. Yes!! Di zaman yang serba canggih dan berteknologi tinggi, dunia tanpa sempadan, semua kita boleh search kat internet. Tapi x semua yang kita search ni ada kt internet...lebih baik kita tanya pada yang pakar. Tak semua yang ada di internet ni reliable, boleh dipercayai, kadang2 sekarang ni kan banyak cerita yang dibuat2. Begitu juga journal, research, x semua kita dapat access (eh, tp saya boleh, hehehe) certain journal n research pun dah masuk black list (list of blacklisted journal ni saya telah terdelete lak)  That's why la kita perlukan pakar. Apa yang kita belajar secara teori..x sama mcm praktikal. Contoh la pasal Actuarial Math. Saya suruh budak2 buat soalan on zillmer method....ingat budak2 boleh google ke? Tak ada formulanya kat google!!! Eh ada tapi yang pendek. Best jg la ajar actuarial math ni sbb student tak boleh gugel :P

Pastu ada parents dia cm garang dan tegas..ada parents pula ajar anak lemah lembut dan gemalai. Pastu yg ajar anak dgn sopan santun ni bash parents yg garang ni. Haaa!!! Kita x tahu..ntah2 yg didikan garang tu...anak dia bila besar jd seorang ketua yang sangat baik..xpn bakal perdana menteri ke? Kan2???

Ni sbnrnya draft 2 bln lps...sj publish :)

July Babe!!!

Dah lama tak berblog!!! Sebabnya saya bz sangat2...lps tu ntah la napa laptop ni x leh install live writer. Saya biasa tulis blog guna live writer. Senang!! X yah buka browser. Nk letak gmbr pn senang. Kalau x terpublish...item will saved as draft. Mmg convenience la.

Terlupa pula nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua!!!

A bit update :

1. Adam dah start sekolah baru. A ah...sekolah..ada uniform semua. Harap Adam boleh adapt la. Sian kecik2 da masuk kelas. Taska lama terpaksa tutup sbb kekurangan staff. Katanya tutup 2 bln...tp 2 bln tu sapa nk jaga? So cari la taska baru...

2. Adam baru je pandai makan nasi. Heheheh.

3. Adam baru je padai minum air dari cawan.

Itu je la kot? Hahahaha!!!!


Feb 11, 2015

Adam is ONE!

Adam dah nak masuk 13 bulan dah!!! Baru kluar 2 gigi bawah..lmbt kn? berjalan dan merangkak pun belum. Risau jg tp klu 18 bln x jln2 br kena p jmpa pakar. Hari tu eczema da ok tp lps vaksin naik blk. Paed mmg ckp lps vaksin mesti eczema kluar. Takpela..maintain kn aje. Ada org kt group eczema fb ckp klu baby eczema ni development mmg lmbt. Ntah betul ke tak...tp cm adam mmg slow la. Hihihihihi...

Lately supply susu pn kejap ok kejap x. Tp mmg pengaruh hormon ni, Time2 period tula buat hal. Setakat ni ktorg bekalkan susu Enfagrow A+ dgn Pediasure kt taska, kot2 la x cukup susu. Setakat ni cukup cuma ada satu hari tu ntah mcm mn boleh plak terlupa masukkn satu botol susu dlm beg...adoii..dlm minggu ni jg la kejadian ni berlaku, Tak tau mcm mn boleh tertinggal. Tp setakat ni Adam ok dgn dua2 susu ni...xde la naik rashes..tp mgkn jg sbb x slalu minum pn. Enfagrow tu sbb ramai kwn2 pn bagi susu tu lgpn dpt free sample..heheheh. Pediasure tu lak sj je gatal2 bg sbb konon nnt berat anak naik. X taula betul ke x.

Setakat hari ni, makanan2 yg trigger eczema adam antaranya ialah raisins, salmon, spinach, yogurt. Biasa baby2 eczema ni semua kena gluten free...mcm mama noni ckp la...wheat pn boleh penyebab eczema. Tp adam mkn roti..nmpk ok. Maybe beras putih? Harap la adam umur 2 thn..eczema hilang.

Okla...saya belanja 1 gambar...fefeeling anak 3. Pinjam anak org jap. :)


 

Template by Best Web Hosting