Ok ni semua salah ofi. Tiba2 dia ckp dia mengidam mkn udang mayonis menu kawin ktorg hari tu. So teringat la menu hari tu. Sedap!! Tp di bagi sikit jak!!! Patut pengantin la bah di kasi makan banyak. Bg 2 ketul udang jak. Gambar udang tu x da plak. Gmbr menu sj. Rasanya udang mayonis ni ada di sabah jak. Kt kl ni mesti ssh.
Aug 23, 2013
Craving…
Aug 22, 2013
Mommy’s journal
Abaikan tajuk post. hahaha. Kat sini nak tulis my experience so far. Nk tulis symptom2 untuk rujukan diri sendiri untuk masa hadapan dan juga orang2 lain. Setiap org akan mengalami pengalaman dan symptom yang berbeza. Maklumla semua org unik. Hehehe
Week 2 – Week 7
Sakit perut mcm cramp kalah2 senggugut. Rasa uterus tu di tarik2. Risau la kot2 ectopic pregnancy ke. Ni sbb byk sgt bc forum. Rupanya sbb uterus tgh bengkak utk menyediakan tmpt embrio menempel. Lbh kurang la..ni ayat mudah faham. Ayat saintific dia..tanya doktor.
Week 7 – Week 16
Sakit punggung belah kanan. Kadang2 rasa x boleh berjalan. Kadang2 solat pun duduk. tapi br 2-3 kali je la solat duduk. Sebab utama adalah uterus masih kt bwh…dia resting kt tulang pelvic. Bila dah naik sikit..sakit pn dah kurang. Alhamdulillah. Sekarang dah ok. Tapi mgkn bila baby bsr sikit..sakit akan dtg blk..tp mgkn sakit belakang la pula kn? Org lain mgkn x sakit punggung…ni sbb badan saya yg kecik dan rendah. Hehehehehe
Week 14 – current
Tiba-tiba ada spotting. Lps tu bila vomit…ingtkn kita terbuang air kecil..rupanya bleeding. Panik!!! Sampai mengigil-gigil. Byk kali jg la. Byk kali scan jg. Semua doktor kata baby ok cuma kena rest byk. Tak boleh jalan2. Jalan2 dlm rumah je. Best!!! X yah buat kerja. Angkat berat pn x boleh. Tp kesian ofi kena kemas rumah. Semua org pun ckp kena positive. Cm mn nk positif kan? Dlm kepala dah fikir mcm2.
Jumpa specialist, x mahal pun 100 lbh je. Doktor kata sbb kedudukan plasenta yg agak ke bawah. Tp bkn plasenta praevia tu ya..ni dia rendah sbb keadaan fizikal yg pendek. Hahahah. Not to worry..nnt dia akan naik dgn sendirinya. Tp kena tggu jg sampai beberapa bulan br boleh jalan2 blk. Skrg fobia nk muntah…sbb bila muntah nnt spotting or bleeding. Tp baby kuat dan sihat. Sdh lama tidak keluar2 dating tp mcm sgt jimat. Duit belanja banyak. Hahahahaah…
Badan mmg sihat..klu nk lari pn boleh..tp ikut nasihat gynae x leh lasak2. So..kita bed rest je la…
Cravings
Tak de lg mengidam banyak2. Paling2 pn nk minum juice..tp cari time tu lps pukul 10 mlm. Ofi kata kedai dah tutup. Hahaha. Pastu coto makasar..terpaksa buat sendiri sbb kt kl ni cm x jmpa pun. Pastu br blk dr perlis..nk mkn laksa kuala perlis pula. Ofi x layan pn permintaan2 mcm ni. kejam kn? Heheheheh. Latest craving for coke or pepsi. Da la before pregnant..mn suka minum air gas..tetiba nk minum pula. Mmg buang tebiat. Ofi ada beli 2 botol yg kecik tu je. Satu botol tu saya habis kan dalam 3 hari la jg. Minum sikit2..lgpn dah buka bbrp hari..gas dah habis. Satu botol lg…ofi dgn kejamnya bagi pada gardener rumah sabtu lps. kejam kan??? Tp tau dia x nk sy minum coke..so dia jamu la pd gardener tu.
Other symptoms
1. Vomit – seminggu sekali la mcm tu..kdg2 sbb angin je pun
2. Heartburn – yg ni selalu mgkn sbb ada gastrik kn?Yg selalunya time bln puasa. Lps puasa dah ok
3. Constipation – Ada jg la kekdg..normal jg
4. Headache – kadang2 jg..normal for pregnant women
5. Nosebleed/gumbleed – kadang2 jg….normal for pregnant women
6. Acne – ada la kdg2 jg
7. Skin tone x sekata – Ada dalam seminggu. Normal jg…
8. Fatigue – Kurang sbb mlm tdo awl (sblm kul 9 ok)…so pagi x de la penat atau mengantuk time kerja.
9. Mimpi pelik – biasala 1st baby kan..semua org mesti ada fikir mcm2..tu yg masuk mimpi. Lgpn normal jg for preggy mommy mimpi bukan2 ni…
symptom mgkn akan bertambah mengikut usia kandungan. Hehehehe
Nasihat my mum and mom in law
1. Baca surah Al-Fatihah, At-Taubah, Yusuf, Maryam, Nahl, Luqman, Yaasin, Hujrat, Mukminun, Al-Hijr. Kalau boleh khatam Quran sekurang-kurangnya sekali during pregnant.
2. Drink like a fish (ni ayat my MIL …my mum ckp minum air kosong byk2)
Tp xde pula diorang pesan kena mkn apa2..so semua boleh makan la. Hahahaha. Cuma my mum kata jgn mkn pedas2 nnt gastrik.
Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnn….. to be continued
Jul 29, 2013
Diari Ramadhan dj 2
Wah ada bahagian ke-2 pula kn? Sepanjang bulan ramadhan ni ktorg jrg mkn kt luar. Ini disebabkn kesihatan yang kurang memuaskan. hahah. Tapi ada jg berbuka kat luar. Sekali tu sbb ada event kelab, berbuka kt rumah jalinan kasih kt krubong lps tu hari jumaat lps berbuka kt rumah ilham ttdi. Event club tu wajib la pergi sbb jd pegawai pengiring bdk2 ni..pastu kena sign utk bus lg. Yg rumah ilham tu mmg memula x nk pergi sbb x larat tp pergi jg memandangkan pengerusi rumah ilham tu adalah jurucakap pihak ofi time akad nikah ktorg hari tu. So, kenala datang. Tapi yg plg best tahun ni ialah saya n ofi makan satu meja. Hohohohoh. Sebab tahun2 sebelum ni makan kt meja berasingan. Bukannya x boleh berpisah tp disebabkan saya ni jenis pemalu..klu duk dgn member2 perempuan family ofi…x tau nk gebang apa. Hohohoho…
Hari ahad tu pula, tetiba semangat raya tu ada. Padahal sbb kerja x siap lg. Jahit manik kat baju, buat kuih raya dengan kemas rumah. Akibatnya…petang tu dlm kul 6 dah rasa nk pitam. Nmpk hitam dah…nasib cerah blk.Klu tottally black out..mmg dah pengsan sorg2 kt rumah. Ofi keje. Bz sgt. Pastu pinggang sakit. Nyesal lak kemas rumah. Tapi memandangkn mmg rumah agak semak sbb da lama x kemas akibat x sihat ni…gagahkn jg kemas rumah.
Semlm ofi kerja shift pagi. Balik dlm kul 8 malam. Buka puasa…then dia tdo jap. Kul 12tgh mlm pergi kerja blk sbb ada kerja. Then sahur blk jap..then peri kerja blk…pastu dah x blk2..sbb terus sambung shift pagi dia yg start kul 7 pagi. Sian kn? klu org kata beban guru banyak sgt sampai boleh tertinggal anak dlm kereta…baik yg ckp tu keje mcm ofi..mgkn mati terduduk. Ni slps baca artikel psl beban cikgu yg berat sangat sampai boleh tertinggal anak dlm kereta pastu anak dia meninggal. Geram btol bc artikel..mcm la org lain x bz. Klu kerja private lg la bz…x pernah kerja private le tu…eh..bln puasa x leh ckp buruk psl org. Terlupa lak..ok..selamat berpuasa…
Jul 23, 2013
Happy Birthday to me!
Happy…happy…happy. Tapi time 22hb tu melaka jerebu teruk. Terus rasa cm nk muntah. Dalam kul 6 lbh tu dah muntah2. Angin la kot. Tak pn sbb jerebu. Celebrate dgn family ofi. Menu byk sgt!! Just makan stik kambing, steam vege dgn spageti with pesto sauce. Semua MIL yg prepare. Dapat cake bluberry cheese. MIL jg yang buat. Pastu menyesal pula x bw blk! Tiup2 kek cm biasa…tp cm biasa la anak buah tolong tiupkn..kita acah2 je tiup. Happy lliy dapat tiup lilin. Gmbr di blur kn sbb x pakai tudung. Sbb dlm rumah kn. Hehehehehe..Tapi sbnrnya mgkn uncle lily yg tlg tiupkn jg..sbb lily kn kecik lg nk meniup lilin tu….tgk gmbr..
Sdh dapat hadiah plg best! Tapi nnt bln 1 br ada. Hahahahaha. Gambar byk tp semua censored. Hahahahahah….
Jul 15, 2013
Diari Ramadhan dj
Hehehehe. Ada lak diari ramadhan tiba-tiba. Btw, lately sgt bz dan x berapa sihat. Jd post kt blog pn kurang. Segala jenis resepi pn x upload. Ni pn post sbb nk share tentang ramadhan pd kali ini.
So ramadhan tahun ni mmg agak sukar sikit. Tp setakat ni Alhamdulillah..x ponteng lg. Sakit perut, gastrik, loya2 tu semua ada. Plg haru pd hari pertama buka puasa…dlm jam 8 mcm tu muntah balik semua yg dimakan time berbuka. Pengajarannya, berbuka mkn sikit je…bersahur pn mkn sikit je.
Dalam jam 6 tu mmg badan da letih sgt2..sbb mmg kurang makan kan? Dalam kul 7, loya2 nk muntah dah mai dah. Tapi kena jg bertahan. Klu weekend tgh penat2 pn kena masak unutk suami tercinta. Hehehehe. Tp memang masak simple2 je. Sabtu hari tu just masak nasi daging utara + telur masak kurma + air asam. Simple la tu. Klu buat ayam masak kurma kena tggu kt dapur lama sikit. Klu telur kejap je..nasi daging tu pun tumis je then masuk rice cooker. Air asam pn x yah ckp..campak2 je. Ni lps puasa resepi ni akan di share.
Semlm pula msk tomyam ayam + telur dadar + kailan sos tiram. Lg la simple. KLu nk berdiri lama2 kt dapur tu..x larat sgt. Tp gagahkan juga sbb dpt pahala masak utk suami ni. hahahaha. Minggu ni ofi cuti..bole la x masak sbb blk rumah mertua. Hahahaha. Rindu masakan mak tp masakan mak mertua pn sedap jg. Tak sabarnya blk cuti raya ni.
Tgh fikir nk masak menu apa pula untuk minggu depan. Yg penting menu mudah dan simple tp sedap. X ambil banyak masa nk prepare bahan2…x leh berdiri lama2. Waaa…cm pregnant 9 bln je… owh minggu dpn pn kena siap2 buat kuih raya jg. Buat mlm la..pagi x larat. Nk bg mak mertua sikit dan bw blk kampung. So kena buat banyak. Berusaha!!!
Jun 27, 2013
Random pic
Suka gmbr ni sbb dgn bff and masing2 dgn anak. Hohohoho. Bole lah kan lily jd anak saya…then ada ayesha comel…syg x tgk camera. Bam bam sgt!!!
Jun 24, 2013
15 days to Ramadhan
Bab-bab countdown saya cukup suka kan? Hehehehe. Hari ni kena kerja juga walaupun student dpt cuti. Tak apa la, bekerja demi rezeki yg halal dan negara yang disanjung.
Btw semlm adalah hari indonesia utk saya n ofi. Hahahaha. Bkn apa..lunch mkn indon..mlm pn mkn indon jg. Lunch mkn kt waterlily bistro., mlm mkn kt dancing fish a.k.a flying gurame. Sbnrnya niat di hati mahu cari soto makkasar..tp di kl ni mcm xde lak. Sabah ada. So kesimpulannya, sabtu ni terpaksa la buat sendiri soto nya. Pernah tgk my mum buat..tp igt2 lupa la. Tp harapnya menjadila masakan tu nnt. Susah gak klu nk mkn benda pelik2…x kn nk blk sabah pula kan? Hihihih.
Hari ni nisfu syaaban. X lama lg ramadahan. Tahun ni x dpt la pi terawih. Nnt kesian la ofi p terawih sorg2. Before this selalu pi sama2. Klu bukan kt ghufran..pi dkt At-Taqwa Dkt area rumah ktorg ni..x survey lg terawihnya buat kt mana. Hmm…
Btw penyebaran mengenai hadis2 ke apa2 la psl bulan Rejab atau apa2 la mengenai agama...sgt berleluasa. Sebab skrg ada butang share kt fb. Dulu sy suka share jg..suka copy paste letak kt blog ni lg. Tp selepas ditegur oleh ustaz…ye..ustaz pn bc blog saya ok? Hehehehehe. ustaz betul la..bkn ustaz main2 ni. Terus dah x berani share atau copy paste kt blog dah. Sbb dia kata klu benda tu bidaah..pastu kita lg sebarkan…hmm….tulah jrg ckp bab2 agama dlm blog ni dah. Kang ustaz buat inspection. Klu kt fb tu dakwah yg ada kartun2 comel br berani share (eh td kata x berani share..pastu share pula..cakap x serupa bikin..heheheheh).
Okla merapu pula, saya ni bukan la sempurna sangat tp juz nk inform napa blog ni x de cerita mengenai bab-bab agama sgt (ni sbb ada kwn tanya..hehehe) . Layan gmbr mkn2 dulu. nnt bulan ramadhan x leh post da gmbr makanan untuk menghormati bulan mulia tersebut dan sbb2 tertentu. Betul!! Last year x de post psl mknan dkt fb, insta or blog time bulan puasa.
*Review restoran pd yg sukakan masakan padang + Bali…sedap sgt bahan perapan dia. Yummy. The waterlily dkt tropicana kota damansara. Cawangan lain adalah ole-ole bali kat sunway dan bumbu bali.
Jun 13, 2013
Resepi Ayam panggang rosemary & lemon
Bahan-bahan
1 ekor ayam sederhana besar (ni pn saya dgn ofi boleh habiskn dlm stgh hari)
Sedikit serbuk rosemary
Sedikit daun rosemary segar
2 biji lemon
Garam
Sedikit madu
3 biji bawang putih
1 inci halia
3 biji bawang merah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedkit serbuk oregano
Sedikit serbuk thyme
Sedikit olive oil
Cara-cara
1. Bersihkan ayam. Perah 1 biji lemon ke atas ayam.
2. Kisar lada hitam, halia, bawang dgn olive oil dan air sedikit je
3. Lumur kt ayam. Letak segala2 serbuk yg ada. Kt dalam ayam pn jgn lupa.
4. Masukkn sebiji lemon dlm badan ayam supa bau wangi dia lbh uhmpp!!
5. Las sekali sapu sikit2 madu supaya ayam keperang-perangan lps dibakar
6. Boleh juga perap kentang sekali dgn ayam. Make sure kentang sdh di rebus separuh masak dahulu.
7. Perap dlm 2-4jam. Panaskan oven. 200 degree selama 1 jam.