Jun 13, 2011

Restaurant review: Shimino (Japanese Crepes)

Atas  permintaan ramai, restaurant review kembali lagi menceriakan hari anda dengan restoran pilihan kali ini : Shimino-Japanese Crepes. Ini bukan sebuah restoran rasmi tapi adalah booth-booth yang di dirikan di dalam kompleks membeli belah. Antara cawangannya ialah di pusat membeli belah One Utama dan Berjaya Time Square. Harga crepe agak sederhana. dalam kategori mampu untuk dimakan. Hahahahaha. Terdapat pelbagai perisa dan variasi yang boleh membuatkan anda tak tahu mana satu hendak dipilih. Buah/cake, krim dan ice cream di balut dgn crepe yang sangat lembut dan cukup rasa.

1

Setakat ini saya dan ofi telah merasa Mango crepe, Lychee crepe, Butter cake crepe, strawberry crepe…etc2. Konsep booth di setiap cawangan adalah berbeza tetapi sangat kawaii. Gambar pada post ini adalah daripada kunjungan kami ke berjaya time square. Harga setiap crepe bermula daripada RM6.90 – 12.90. Kunjungan kali pertama pasti akan membuatkan anda hendak berkunjung untuk kali yang kedua dan seterusnya. Sekian laporan untuk kali ini.

4

6

 

Definisi Crepe drpd saya – sejenis pan cake yg nipis…

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting