Sekarang ni kesian kt adam sbb adam masih dlm kelas playgroup. Lepastu dia yang paling tua. Hehehehe. Sbb lahir bulan 1. Kawan2 dia yang tahun lepas semua dah masuk kelas nursery sbb dah 4 tahun. Klu scroll post kt bwh2 ni….tu la kwn2 adam da masuk kelas lain. Kesian pula kt adam. Xpela, x cukup umur lagi…lgpn adam pn x pandai ckp lg…elok jg la. Hihihi. Harap adam dpt cakap tahun ni…sng sikit masuk nursery next year.
Jan 25, 2017
Jul 14, 2014
Weaning!!
Jun 20, 2014
Throwback
Adam 3 months young photoshoot.4mths photoshoot photographer x edit lg. Weekend ni dah nk buat photoshoot 5 bln dah. Sabo je la. Hahahaha!!! Love you!!!
Jun 16, 2014
5 months Adam
May 29, 2014
Adam first high fever
Wah!!! Semua yang first2 nk diblogkn. Hahahaha. So adam demam dgn suhu tinggi 39.1 degree celcius. Tinggi betul…mak dia yg terlebih panic. Sekarang dah sihat alhamdulillah. Seminggu jg br baik batuk, kahak n selesema. Lgpn paed x bg ubat batuk sbb dia kata mmg utk baby bwh 6 bln ubat tu x jln (paed yg kata…mls nk gugel). Pastu paed tanya boleh handle x? Klu x boleh admit masuk wad, klu boleh handle…jaga kt rumah..tp dia suggest jaga kt rumah. Dah org suggest jaga kt umah..terpaksa la jaga kt umah kn? Baru nk guna insurance claim. Hahahahah!!!!
Seminggu jg la adam cuti taska smpai org taska call tanya kenapa sakit lama sgt? Concern betul org taska. Tu blm lg tlg angkatkn barang sampai kereta bila amek adam. Alhamdulillah cikgu2 semua baik. Siap panggil adam as adamaya. X sure lak napa? Sbg balasan…hulur la brownies kt cikgu2. Ni cm rasuah jg la supaya diorang jaga adam betul2. Klu baik lagi…kita hulur lg kek ok?
Btw adam mmg suka paed dia…dlu kecik lg dia x kenal. Skrg dah kenal da. Paed ckp2..adam senyum2 je. Klu sakit pn…senyum je kat paed. Tp ktorg rasa sbb paed tu ala2 tok mi dia. Ala2 grandma..Dr Mardziah. Kebetulan paed ni pn dermatologist..sesuai la dgn eczema adam. Hahaha!!!
Apr 21, 2014
Mar 28, 2014
First outing
Mar 19, 2014
Adam demam
Mar 5, 2014
Confinement menu
Feb 16, 2014
Nov 26, 2013
Mommy’s Journal 8
Braxton Hicks
Kena time nak masuk minggu ke 31. Sakitnye!!!! Nasib baik kejap2. Pastu dlm tempoh 30 minit je. Seb baik! Kalau berterusan..sakit nk bersalin dah namanya.
Sembelit
Sejak akhir2 ni sembelit lak. Dah rasa sakit perut dah..pi toilet. Tp x nk membuang pula. Bila dah keluar dr toilet…rasa blk sakit perut. Bila pi toilet..x rasa pula. Mcm main2 je. Sabar je la. Tp hari2 membuang la. Cuma kena blk2 pi toilet n spend lbh masa
Semester baru
Sekarang ni kelas dah start, malasnya nk mengajar. Takde mood lg dan mcm rasa x larat nk berjalan2. Nasib baik lagi 4 minggu je kelas
Cramp
Dah lama x cramp kaki so x buat la stretching. Tiba2 semlm terkena plak. Dua2 kaki pula tu. Seb baik ofi dah ajar nk kawal kejang tu. Tula..pandai sgt x buat stretching. Pas ni kena slalu buat stretching kaki
Masalah Tidur
Sekarang ni selalu ada problem tidur. Bukan sbb x selesa ke apa..mmg x mengantuk. Nnt akan terjaga dlm pukul 1 ke. Then tertdo balik dlm pukul 3 ke 4 ke 5 ke. Quality time utk tdo ialah pas subuh. Tp terpaksa lak bangun sbb nak pergi kerja. Tapi hari tu ada buat eksperimen, klu badan penat betul2 pagi tu, mlm tdo lena je. Tak terjaga langsung. Tp hari tu sbb round midvalley dr kul 9.30 sampai kul 3.00. Hehehehe.
Sakit belakang
Tak rasa lg sakit blkg, sakit punggung je. Tp ofi lak ckp sbnrnya belakang yg sakit tp salah hantar signal ke otak. Ntah la betul ke x. Sakit punggung ni membuatkan saya berjalan mcm x betul. Jalan cm terkangkang2 plak.
Bersambung…hikhikhik…
Nov 15, 2013
Mommy’s Journal 7
30 weeks!!! Another 10 weeks or maybe less than that..insyaAllah. Barang byk lg x beli..nama anak pun x fikir sgt lg. Apply maternity leave pn belum. Malas nk buat surat. Beg hospital lg x ready. Ok..weekend ni kita siapkn beg hospital n basuh baju baby. Tp bab2 aqiqah dah pikir. Sebab nk kumpul duit beli kambing. Paling excited..semestinya sbb nk buat candy buffet. Mengada sangat!!!! lepas tu x yah pulang balik carpet MIL, sbb MIL kata simpan dulu utk kenduri next year. Dah bekurun kt rumah ktorg, sejak kenduri kahwin hari tu lg. MIL dah minta da..tp x pulang2. Skrg MIL kata simpan dulu. Happy la ofi! Bila agaknya nk ada carpet sendiri? Hehehehe.. Dah setahun kahwin..carpet x pulang2 lg….
Cerita psl anniversary pula, mcm biasa la..klu x sambut byk kali mcm x sah. Tp sambut kecil-kecilan je. First, celebrate kt Ana Ikan bakar, Bangi dengan PIL. Second, celebrate dgn satu family dekat Aunty Gemuk’s, Restoran Jamal, Kelana Jaya. Third, New Holly wood Ipoh, celebrate berdua je. Nak review restoran ni satu2 malas plak.
Kerja makan je kan? Nasib timbang berat x de la naik sangat. Kejap 49..kejap 50kg. Seb baik!!
Kuew teow dan puding karamel @ New Holly Wood Ipoh. Sedap ok!!! Lain2 boleh try chee cheong fun dan telur goyang dia. PIL pn nk pi ipoh next week nk try makan kt kedai ni. Heheheheh
Duduk kt resort yg ada hotspring. Dulu2 ingat kt sabah je ada hotspring which is kt Poring. Kat semenanjung pn ada rupanya. Kt melaka ni pn ada tp x pernah lg pergi. Preggy woman x boleh berendam dlm air pns ok…
Yang ni pula kt Restoran Jamal, Kelana Jaya. Aunty gemuk’s kuew tiow and wantan mee. Sedap sangat!!! Sauce yong tau fu dia pn sedap. X sempat nk snap gmbr.
Okla..mgkn sbb saya mmg suka mkn chinese food. So semua pn ckp sedap. Glad that there r halal chinese food here in KL too. Slalu mkn kt sabah je.
Owh lupa plak. Kan slalu klu saya nk bercuti2 n beseronok2, mesti ada jg nasib malang yg menimpa. Mmg la x leh percaya..khurafat jd nya. Tp hari tu blk dr ipoh…tayar kereta nk pecah pula Nasib x pch lg. Tp mmg dah dgr bunyi tayar x elok. Pergi la singgah kedai tayar kt slim river. Nasib dkt. Tukar 2 tayar. Before pi ipoh dah pi bengkel kereta ok…dah cek semua dah. Tp apa boleh buat. Malang x berbau. and yes, its the same car yg rosak kt wang kelian
Ofi kena beli kereta baru ni. Hahahahahahah. Skrg kt parking dpn rumah penuh. Kereta ofi,kereta dj n kereta FIL bg pinjam for emergency. Ni FIL kata kot2 la ofi kena pi melaka, in case anything happen to me mcm hari tu kn. Thank you FIL!!! Terharu sgt.
Nov 7, 2013
Mommy’s Journal 6
Khamis lepas tengah syok2 kolokium (syok ke? heheheh) saya pergi toilet sbb rasa nk buang air kecil. Otw nk pi toilet, terus rasa mcm terkencing. Eh? takkan la dah x boleh tahan bladder kan? Check2, alamak bleeding lg mcm dulu tu jg. Panik kejap. Paling panik rasa baby dah x tendang2 sgt. So terus decide balik kl. Padahal bole je cek kt klinik sini dulu kn? Tapi sbb x suka panik sorg2. Mestila nk ofi yg panik. Klu dia panik..biasa saya ok2 saja. hahahahah.
Pergi hospital cm biasa. gynea saya cuti pula kn? Mentang2 la nk cuti sekolah. Dia kata terus p emergency and the only available obgyn ialah doktor lelaki. Saya seboleh2 la nk elak doktor laki. Tp sbb emergency kan? Terpaksala….lgpn ada nurse ikut sekali.
Time tgh tggu tu…mak aih…tggu kt lobi doktor ni. Lobi dia cm hotel. Toilet pn mewah time saya masuk utk bg urin sampel. Pastu ckp dgn ofi..ntah2 doktor ni mahal. Ada ke mcm tu? Gynea saya xde lobi pon.
Then doktor scan n xm semua. Baby ok. Xm tempat lain, dia discovered polyp kt cervix. Terus remove on the spot. Sakitnya!!!!!!!! Time dia buat tu rasa mcm nk tendang je doktor tu. Tp maybe doktor tu kuat….atau saya yg tendang pelan je. Memula time dia scan semua tu ofi ada skali. Bila dia nk remove tu…ofi x dibenarkn masuk. Sorg2 la kt bilik dgn doktor n nurse. Xde moral support. Sedih betul. Lps dah selesai doktor suruh nurse bg pad kt saya. Pastu nurse kata pad diorang dah habis. Ada bw pad x? Mestilah tak kn? Tgh pregnant kot…klu x pregnant mmg la ada bw spare pad dlm handbag. Nurse kena la carikan. Hahahahaha…
Doktor tu mmg pro jg la. Siap bg namecard klu2 terjadi lg terus contact dia. Dalam hati…eh…blm baik lg ke ni? Tp harap sembuh terus la…namecard doktor ni ada title dato’ lg. Patutla ada lobi. Harga semua..$$$ mahal jg la. Tak tau la sbb minor surgery tu yg mhl ke? atau doktornya yg mahal? Tp..kita claim astro. Hahahahahah. Walaupn astro bg gaji kecik, tp benefit yg lain okla…cuma x cover bersalin je.
Skrg selera makan kurang…badan lenguh2. Maybe kena rehat byk lagi. Sbnrnya ubat x abis guna pn..sbb ofi nya kerja mlm ari tu xde org tolong . Doktor kata ubat kena apply mlm2 before tdo. sbb ni ke puncanya? hihihihihi…..hrp kuat la lps ni. Nk celebrate anniversary…lg 3 hari.
Oct 30, 2013
Mommy’s Journal 5 : 3rd trimester
Dah masuk 3rd trimester dah!!!! Patutla badan asyik x sedap je. Pergi toilet pn kerap dr biasa. Harap badan cpt adapt. Pastu hari ahad tu boleh pula pitam sekejap. Totally black out, but just a few sec. Semua family risau takut2 terjadi time driving. Tp rasanya x kot? InsyaAllah…doa banyak2.
Semua symptom seperti di atas telah berlaku Except for hemorrhoids. Tu harap x ada la.
Dah kena start pack beg hospital ke? X ready nya!!!! Sarung pn ada satu je. X kan nk beli kn? Klu kt sabah ni..mesti dah curi mak pny sarung sbb berlambak. Nk curi kain pelikat ofi la
Owh..lg 11 hari anniversary. Yippieee!!!
Oct 17, 2013
Mommy’s journal 3
Last saturday, I went for my regular antenatal check up. Full scan, ambil darah, cek itu ini. Gynea suh start diet dah. Jgn makan nasi dan mee spy boleh deliver normal. Ingat saya ni org putih ke apa T___T
then I asked my gynea psl pitam2 tu. Dia kata normal la tu…aiya..x membantu pn..
So? apa nk mkn ni?? Hihihihhi
Oct 9, 2013
Mommy’s Journal 3
Week 20 – week 24
1. Dah rasa baby tendang2, buat somersault, semua la ada. Kdg2 cm sakit sikit perut.
2. Sakit punggung dtg blk. Da search..org panggil hip pain.
3. Kahak time bangun tidur dah xde. Alhamdulillah.
4. Perut sakit klu terlebih makan.
5. Selalu rasa nak pitam, biasanya awl pagi walaupn dah melantak nasi lemak/nasi grg. Lps makan coklat br ok. Hihihihi. Kurang gula kot…punya la control pengambilan gula
6. Baru beli baju baby sikit. Banyak lg x setel.
7. Kadang sembelit kadang lawas.
Sekian dulu journal kali ini. to be continue..
Aug 22, 2013
Mommy’s journal
Abaikan tajuk post. hahaha. Kat sini nak tulis my experience so far. Nk tulis symptom2 untuk rujukan diri sendiri untuk masa hadapan dan juga orang2 lain. Setiap org akan mengalami pengalaman dan symptom yang berbeza. Maklumla semua org unik. Hehehe
Week 2 – Week 7
Sakit perut mcm cramp kalah2 senggugut. Rasa uterus tu di tarik2. Risau la kot2 ectopic pregnancy ke. Ni sbb byk sgt bc forum. Rupanya sbb uterus tgh bengkak utk menyediakan tmpt embrio menempel. Lbh kurang la..ni ayat mudah faham. Ayat saintific dia..tanya doktor.
Week 7 – Week 16
Sakit punggung belah kanan. Kadang2 rasa x boleh berjalan. Kadang2 solat pun duduk. tapi br 2-3 kali je la solat duduk. Sebab utama adalah uterus masih kt bwh…dia resting kt tulang pelvic. Bila dah naik sikit..sakit pn dah kurang. Alhamdulillah. Sekarang dah ok. Tapi mgkn bila baby bsr sikit..sakit akan dtg blk..tp mgkn sakit belakang la pula kn? Org lain mgkn x sakit punggung…ni sbb badan saya yg kecik dan rendah. Hehehehehe
Week 14 – current
Tiba-tiba ada spotting. Lps tu bila vomit…ingtkn kita terbuang air kecil..rupanya bleeding. Panik!!! Sampai mengigil-gigil. Byk kali jg la. Byk kali scan jg. Semua doktor kata baby ok cuma kena rest byk. Tak boleh jalan2. Jalan2 dlm rumah je. Best!!! X yah buat kerja. Angkat berat pn x boleh. Tp kesian ofi kena kemas rumah. Semua org pun ckp kena positive. Cm mn nk positif kan? Dlm kepala dah fikir mcm2.
Jumpa specialist, x mahal pun 100 lbh je. Doktor kata sbb kedudukan plasenta yg agak ke bawah. Tp bkn plasenta praevia tu ya..ni dia rendah sbb keadaan fizikal yg pendek. Hahahah. Not to worry..nnt dia akan naik dgn sendirinya. Tp kena tggu jg sampai beberapa bulan br boleh jalan2 blk. Skrg fobia nk muntah…sbb bila muntah nnt spotting or bleeding. Tp baby kuat dan sihat. Sdh lama tidak keluar2 dating tp mcm sgt jimat. Duit belanja banyak. Hahahahaah…
Badan mmg sihat..klu nk lari pn boleh..tp ikut nasihat gynae x leh lasak2. So..kita bed rest je la…
Cravings
Tak de lg mengidam banyak2. Paling2 pn nk minum juice..tp cari time tu lps pukul 10 mlm. Ofi kata kedai dah tutup. Hahaha. Pastu coto makasar..terpaksa buat sendiri sbb kt kl ni cm x jmpa pun. Pastu br blk dr perlis..nk mkn laksa kuala perlis pula. Ofi x layan pn permintaan2 mcm ni. kejam kn? Heheheheh. Latest craving for coke or pepsi. Da la before pregnant..mn suka minum air gas..tetiba nk minum pula. Mmg buang tebiat. Ofi ada beli 2 botol yg kecik tu je. Satu botol tu saya habis kan dalam 3 hari la jg. Minum sikit2..lgpn dah buka bbrp hari..gas dah habis. Satu botol lg…ofi dgn kejamnya bagi pada gardener rumah sabtu lps. kejam kan??? Tp tau dia x nk sy minum coke..so dia jamu la pd gardener tu.
Other symptoms
1. Vomit – seminggu sekali la mcm tu..kdg2 sbb angin je pun
2. Heartburn – yg ni selalu mgkn sbb ada gastrik kn?Yg selalunya time bln puasa. Lps puasa dah ok
3. Constipation – Ada jg la kekdg..normal jg
4. Headache – kadang2 jg..normal for pregnant women
5. Nosebleed/gumbleed – kadang2 jg….normal for pregnant women
6. Acne – ada la kdg2 jg
7. Skin tone x sekata – Ada dalam seminggu. Normal jg…
8. Fatigue – Kurang sbb mlm tdo awl (sblm kul 9 ok)…so pagi x de la penat atau mengantuk time kerja.
9. Mimpi pelik – biasala 1st baby kan..semua org mesti ada fikir mcm2..tu yg masuk mimpi. Lgpn normal jg for preggy mommy mimpi bukan2 ni…
symptom mgkn akan bertambah mengikut usia kandungan. Hehehehe
Nasihat my mum and mom in law
1. Baca surah Al-Fatihah, At-Taubah, Yusuf, Maryam, Nahl, Luqman, Yaasin, Hujrat, Mukminun, Al-Hijr. Kalau boleh khatam Quran sekurang-kurangnya sekali during pregnant.
2. Drink like a fish (ni ayat my MIL …my mum ckp minum air kosong byk2)
Tp xde pula diorang pesan kena mkn apa2..so semua boleh makan la. Hahahaha. Cuma my mum kata jgn mkn pedas2 nnt gastrik.
Semoga semuanya dipermudahkan. Aminnn….. to be continued
Jan 15, 2013
Natural Birth Control
Wah!!! Tetiba ada tag baby kt blog ni kan? InsyaAllah….in the future!!! Hari ni nak cerita pasal natural birth control. As you all know, me n ofi masih planning utk dptkn baby. Kenapa nak plan2 kn? Banyak yg ckp baby first x yah nk plan…but we have to plan because of :
1. Me n ofi duduk berjauhan..nnt sapa nk jaga saya kn? Harap jd pindah Seremban
2. Awal2 perkahwinan ni banyak hutang lg perlu di setelkn. Hahahaha…tp klu dpt baby itu namanya rezeki
3. Ofi kata perlu ada savings sebyk XXXXX sblm baby lahir. Dia kata nnt x mampu beli pampers anak. Saya lawan balik ckp…kita dulu2 mn pakai pampers..pakai lampin kain je pon..hidup je? Tapi saya hormati keputusan ofi..lelaki ni slalunya fikir utk jangka masa pjg….
4. Planning x lama pun….dlm 5 bln je. Tergelak kawan saya bila saya cite..sbb dia kata tu bkn planning…klu planning 1thn dan ke ats….
Natural birth control ni mmg natural la..x guna apa2 ubat atau alat. Juz guna period cycle punya apps kt hp. Hahahahah!!!! Tapi x semestinya kiraan dlm calendar tu betul kan??? So kita kena check juga. Kalau macam saya…nak pastikan calendar tu betul2 mengikut cycle kita…time fertility n ovulation window…mesti ada cervical mucus…boleh google cervical mucus punya condition bila time fertilize bila time ovulation. Satu lagi ialah ovulation spotting. Ni baru belajar dari cik gula..hihihihih. Biasa ovulation spotting ni before or pada hari ovulation. Katanya senang dpt baby kalu ada spotting ni. Satu lagi cara nk tau waktu ovulation saya…keluar jerawat!!!! Hahahahaha….
Apa2 pun saya mmg yakin dgn apps ni sbb saya dah monitor dlm masa setahun. Tapi kalau preggy pn apa salahnya….happy juga!!! Hohohohoho….
























