Feb 13, 2013

Resepi Chicken Cordon Bleu : Step by step

Seperti yang dijanjikan, inilah dia resepi chicken cordon bleu dj style (muntah muntah). Sepatutnya resipi ni kt dj-fc blog..tp da mls nk manage blog byk2. So, juz post kt sini pn boleh kn?


Bahan-Bahan (untuk seorang)

1 ketul boneless chicken breast (buang kulit)
1 slice swiss cheese (tp SR mungkin guna cheddar?)
1 keping chicken ham / chicken deli  masak dulu (Kt tesco benda ni satu area dgn sosej ayam)
1 biji telur
Tepung
Lada hitam
Oregano
Italian Herbs
Garam
Butter
Bread crumbs

Langkah demi Langkah

1. Ayam yang telah dibersihkan dikelar2 dan kemudian ketuk2(pound!). Pastikan lapis dgn plastic wrapper. Tujuan dia untuk ayam lbh besar so senang utk proses menggulung dan org kata isi ayam akan jd lembut. Saya guna gelas kaca utk ketuk2 ayam ni. Hehehehe


2. Dah nipis mcm ni..lumurkan garam, serbuk lada hitam (kasar) dan butter. Actually butter yang dicairkan..tp saya malas nk cairkan. Hahahahaha...Perap sebentar


3. Dalam bekas yg lain, pukul 1 biji telur. Ketepikan



4. Bekas lain juga, masukkn tepung, oregano, italian herbs, garam, lada hitam dan gaul sebati. Agak2 la utk lumur ayam kita tu


5. Bekas lain juga, letak bread crumbs siap2

6. Now, letak ayam, then atas dia chicken ham dan atas dia lg cheese. Then gulung kemas2. Kalau takut terbuka..letak toothpick but make sure keluarkan toothpick lps siap masak. Cara lain, wrap dgn plastic wrap dan biar sebentar sampai bentuk dia x akan kembali pd asal.



7. Dah kemas dan ok semua...mula2 salut dgn tepung. Next telur, last skali bread crumbs ok?



8. Then boleh la digoreng atau dia bakar dalam ketuhar. Terpulang. Rumah saya belum ada oven lg so saya deep fry. Selamat Mencuba...Boleh serve dgn salad and fries.


5 comments:

Chii said...

wahhh..mau try la. mcm senang jg ni

Cetul^ La La said...

Wuaaahhhhh...nampak sedaaappp...nakkkk kakak dj. Hehehe

Cetul^ La La said...

Wuaaahhhhh...nampak sedaaappp...nakkkk kakak dj. Hehehe

Cinoi Lavigne said...

Kau buat mcm senang ja bikin ai mau try. share lg banyak2 resipi

Pink Praying Mantis said...

mmg senang. Cuba ok? Mesti boleh...cuma cheesenya aku x sure secret recipe pakai cheese apa...rasa cheese x brp sama.

 

Template by Best Web Hosting