May 24, 2013

Resepi lasagna step by step

Bahan-bahan untuk membuat lasagna simple :


Kulit pasta :

Ikut la besar mana loyang. Loyang kecik ni perlukan 4 keping kulis pasta shj. Saya celurkan dalam air mendidih yang telah diletak minyak dan garam.

Inti Daging :

Daging kisar sepaket
Olive oil
Stgh biji bawang besar
1 tin sos prego tradisional tomato
Sedikit capsicum dan lada bsr - hijau, merah, kuning
1 tin cendawan butang
Serbuk oregano dan italian herbs
sedikit garam

Sos putih :

500 ml susu segar
1/3 drpd kotak cheddar cheese
2 sudu bsr tepung
2 sudu makan butter
Sedikit garam

Sediakan bahan inti daging. Tumis cm biasa..mcm buat sos spaghetti tu


Sediakan sos putih. Cairkan butter, masukkan tepung. Gaul2. Masukkan susu dan keju, masak smpai pekat sikit..masukkan garam. Sikit je...

Cara sediakan lasagna pula, oles loyang dgn butter spy x melekat pasta. Lapisan bwh skali letak kulit pasta diikuti dengan inti daging, kemudian sosputih. Atas sos putih tabur la mozarella cheese. Ulang balik, kulit, inti, sos putih, mozarella. Ikut la nk buat berapa lapis. Hohoho. Yg penting atas skali ialah mozarella.

Masukkan dlm oven yg telah dipanaskan. 180 degree selama 40 minit atau smpai masak. Agak2 la ye...



 

1 comments:

tenku butang said...

salam.. yunk.. nak minta izin share resepi ni n letak kat blog teman bole? nanti teman kredit kan ke sini.. bukan apa.. teman xde oven, bercadang nak buat lasagna gak.. tapi takut terlupa resepinya.. resepi awk paling mudah antara resepi lain yg teman nengok.. hope awk izinkan yea.. kalau x boleh pun xpelea.. tq.. =)

 

Template by Best Web Hosting