Seperti yang kita sedia maklum, untuk menurunkan berat badan ataupun menjaga kesihatan, dua perkara yang paling utama ialah pola pemakanan kita dan juga senaman. Bagaimana untuk mengetahui diet pemakanan yang seimbang?Diet yang seimbang membolehkan kita menurunkan atau menambahkan berat badan kita. Jadi, untuk mengetahui diet yang sempurna kita mestilah terlebih dahulu mengetahui keperluan kalori yang diperlukan oleh tubuh badan kita (tips dari dietician hospital ok..bkn saya). Apabila kita mengetahui jumlah kalori yg diperlukan setiap hari, kita bolehlah mengawal pengambilan makanan kita.
Kalori seseorang bergantung kepada umur, tinggi, berat, jantina dan aktiviti harian. Contohnya, seorang lelaki yang berumur 20 tahun memerlukan kalori yang lebih tinggi daripada seorang lelaki berumur 50 tahun yang mempunyai berat badan yang sama. Seseorang yang aktif mempunyai kalori yg lebih tinggi daripada mereka yang tidak aktif. Secara logiknya, klu anda seorang yang aktif (melakukan kerja-kerja berat/atlet/mmg aktif la), mesti anda perlu mengambil makanan yang lebih kerana jika tidak, anda mungkin akan pengsan. Hahahaha.
Setelah mengetahui kandungan kalori yang diperlukan, kini kita perlulah mengambil makanan yang sihat ataupun snek yang memenuhi keperluan kalori tersebut. Setiap set makanan mempunyai kandungan kalori yang berlainan. Jadi kita haruslah mengawal (monitor) pengambilan makanan dengan mengira (agak2 pun boleh) kalori dalam setiap makanan. Perlu di ingatkan bahawa mengambil makanan 3 kali sehari (breakfast, lunch n dinner) adalah salah satu diet pemakanan yang paling sihat jika kandungan kalori setiap set makanan di titik beratkan.
Purata kalori yang diperlukan oleh seorang wanita adalah 2000 dan lelaki adalah 2500. Itu secara purata sahaja, tetapi mungkin kalori anda berlainan drpd itu. Bagi seorang wanita yang ingin menurunkan berat badan, mungkin wanita tersebut bolehlah mengurangkan pengambilan kalori (contoh:kurangkan 500 kalori) dalam sehari disamping bersenam. Kandungan kalori dalam makanan boleh didapati drpd encik google dan Ofi plak boleh tgk carta makanan yang telah saya beri kepadanya 2 thn lalu (yang kertas bentuk bulat tu) :P
Kesimpulannya disini, untuk mengurangkan berat badan kita perlulah mebakar kalori atau dlm bahasa inggerisnya dan ayat yang sedap untuk diengar ialah; to loose weight you need to burn more calories that you consume. Di sinilah senaman memainkan peranan penting. Setiap jenis senaman membakar jumlah kalori yang berbeza. Tahukah anda dengan menari (high impact aerobic) anda boleh membakar lebih banyak kalori daripada bermain bola sepak. Ini adalah fakta!
Untuk tips senaman, saya tidak berapa arif dalam hal ini. Mungkin anda boleh bertanyakan encik ofi pasal tu. Tapi apa yang saya tahu, menari, aerobik dan jogging adalah senaman yang berkesan untuk saya. Dengan menari, anda menggerakkan semua anggota badan anda (tgk jg jenis tarian, klu tarian lembut2 tu sampai bila pun x kurus..hehe). Pastikan membuat regangan (strecthing) terlebih dahulu sebelum memulakan tarian ataupun jogging atau apa jenis senaman untuk mengelakkan daripada 'cramp'. Pilih lagu sesuai untuk tarian/aerobik agar lebih seronok. Untuk itu saya tinggalkan anda dengan sebuah lagu drpd girls' generation yang agak 'catchy' dan sesuai untuk memulakan senaman tarian anda. Jumpa lagi di post akan datang, live a healthy life!!
1 comments:
senaman aerobik memang best. cubala senaman aerobik depan komputer pulak, pun best jugak
Post a Comment