Sebelum ke Eropah untuk urusan
perniagaan, Acit singgah di sebuah bank
di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman
segera RM 15.000
"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran,
apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif
pinjaman bank itu.
"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya,"
Kata Acit
Selepas menandatangani surat perjanjian,
eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce
berkenaan kekawasan letak kereta bank di
bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM
15,000 kepada Acit.
Dua minggu kemudian, Acit kembali dari
Eropah dan terus ke bank untuk
melangsaikan pinjaman serta mengambil
keretanya semula.
"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000
dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif
itu. Acit kemudian menyerahkan sekeping
cek kepadanya.
"Setahu saya encik jutawan terkaya di
bandar ini, mengapa encik perlu meminjam
RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.
Acit berpaling dan tersenyum. "Mana ada
tempat yang selamat dan murah untuk
meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya
RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya.