Syawal ke-3, saya, cinoi, santi, ain, tasha, izo, zura, wani beraya bersama2 di rumah member satu sandakan. Kami semua merupakan kawan satu sekolah menengah ketika d smsld satu ketika dulu dan juga kawan ketika matrikulasi di kml.
Ketika kami beraya ke rumah salah seorang sahabat mereka iaitu budie di Tinosa, saya menjadi agak terkejut kerana terpaksa melalui jambatan utk ke rumahnya. Tinosa ni hampir sama seperti Kg Air, BDC dan sim-sim. Papan jambatannya tidak rapat dan mempunyai banyak celah2 kecil. Pada ketika itu saya memakai high heel yg mempunyai heel yg sgt nipis dan runcing kerana ingin menjadi vogue. Akibatnya saya terpaksa membuka kasut saya agar tidak tersangkut pada celah2 jambatan tersebut. Begitu jg dgn cinoi dan tasha.
Jadi pengajarannya di sini, berayalah secara sederhana. Jgn bergaya sangat. Hehehhe. Bergaya boleh tapi kene tahu destinasi rumah terbuka yg di kunjungi terlebih dahulu. Sekian dahulu laporan raya utk hari ini. Gambar ehsan daripada kamera baru cinoi, d3000 yg saya kopi dan susu dari facebook beliau.
*kasut raya diatas telah di taja oleh kakak saya yang sebenarnya merupakan kasut yg saya beli utk nya 1 thn yg lalu. Kasut saya tidak dapat di kesan akibat terlalu lama di tinggalkan dan di perap dlm stor. Semoga kita dpt berjumpa kembali.
resepi mudah ayam masak butter
4 years ago
1 comments:
hahaha..comelll!
Post a Comment