May 31, 2010

Korean Geo Lens Contest

After a week campaign to vote for me, the contest closed today and the result......manage to get 2nd place. Okla jg. 1st of all I wanna say thanx to my beloved ofi for the lovely picture and then to all who vote for me (sama ada yg di paksa atau pun terpaksa atau yg x dipaksa). Heheheheh. Full result ada di sini : Korean Geo Lens

Thanx again for all of ur cooperation :)

May 23, 2010

Adira AF8 - Ku ada kamu lirik

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

specially dedicate to my dear ofie. Penat tau type lirik ni!!! :P

Juara AF8 Shahir - Kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh, semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan?

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

May 22, 2010

Hijabi Safiya Collection

Okay, it's official now!!!My friend/my ex-housemate, seha, blog shop is now open. Feel free to visit her blog shop n grab urs now :

May 21, 2010

Packing Progress : 70%

Okey, few days ago..I feel so lazy to start packing. Today, it almost done!But few things still hav to be pack. So here's the reminder for my self. And please remind me to read my blog this sunday so that I know what stuffs that I've listed here.Hehehe :-
  • Telekung + Sejadah
  • Make up bag
  • Belt
  • Laptop
  • All kind of chargers
  • All kind of cables
  • All kind of earphones :P
  • Toothbrush
  • Towel (hmm..I think shud buy new one..mcm beg x muat dah)
  • All of my diaries
  • Photos
  • stationery + note book
  • ok, nnt sambung...
So while I'm packing my stuffs, I realized that my baju kurung has 3 main colors only. No varieties. :( There's only blue+purple, Pink+red and green. No white, black, yellow..etc..
Aiyo..I need to hav more colors.Hohohoho. I took picture of my baju kurung, tudung and shawl...so that I dont forget which cloth that I hav pack, n which one I hav'nt. Apa guna camera mahal2 kan klu tidak guna?N somemore, it makes thing easier. If you're not sure whether u hav pack the cloth or not, no need to 'punggah2' ur bag anymore and start packing again. Juz look at the pic taken..n walaa!!!U know if u hav packed it or not. So, here's some pic. Saja mo bergaya2 jd mcm penjual tudung online. Hehehehe :P


The pink+maroon+red group

The blue+purple group

The green group

The shawls


The instant hijab

May 18, 2010

No MooD

:: Hijau Daun - Suara ku Berharap::

Seriously, hav no mood to start my packing. Need to start early so that no important things are left behind but I am too lazy to do it :(

Btw, got a call from media prima for an interview. Not for the glamour position la but it is one of my dream to work there so I can rub my shoulders with the celebrities. Hohohoho!!And maybe, who knows??They discovered my talents (ok..ini sesi perasan). But if I think rasionally, who wants to be fame n popular?Menyusahkan sahaja kn?So, I decided I'm not going (still waiting them to call me..coz they promise to call me this evening for my confirmation).

For me, if you want to be famous n popular...juz set up a blog. Be ur own star on ur site like I did here. Hahahah!!!!!(perasannya)Okey, I'm not that popular with only 20 followers but hav this value added coz fairuz (former vocalist of Q-Face n Antz) n Ika radiusite follow my blog. hahahah!!!!Wlupon x baca selalu pn...but its an honored. Okey..enough with my craziness. I need to start packing. Mood packing sila datang.....

May 15, 2010

Make-up Review : Kryolan TV Paint Stick


photo credit from glamoursupply.com

This is my fav foundation. Why?Maybe bcoz it has the range of my skin color. I use 3w which is suitable to my skin. Before this I usually use more lighter foundation then I use a darker compact powder so that it blend my skin and look natural but now, no need to do that. This foundation is perfectly fit!!! Very long lasting so you need to wash your face properly or you can use make up remover or just a baby oil like I did. In Malaysia it still hard to find Kryolan outlet, I juz bought it online through these 2 online blog Kryolaninmalaysia and Wannieta D'peterana. But sometimes they don't have ready stock in hand, so you need to wait. Other solutions, you can ask your friend to buy it when they go to oversea ;p

This paint stick is suitable for dry or normal skin because it is a bit oily. Next time I will review about Kryolan supracolor but only when I have start using it. Still havent use it coz sayang sangat2. Very expensive (for me la) but it is so little. One of the famous foundation use by make up artist Indonesia n oversea that makes your skins look like a porcelain dolls. Ala macam siti nurhaliza punya make up kalau dia suruh Indonesian make up artist make up dia. So I will test the product first and tell you the truth. Hohohoho. Btw, I only used kryolan when there's bigger event or function such as wedding or dinner.

Disclaimer: The review is based on my personal opinion. Result may be vary on different types of skin, colour and weather.

Online blog shop review : Serenity Shawl & Iluvtudung

Okey, selepas shopping kt shawl lysta, shawl trendy dan Radiusite, saya telah pun shopping dia dua blog shop yg baru saya jumpa. Kebetulan harga tgh murah dan mmg dah lama cari shawl jenis mcm tu kan.

First, Serenity Shawl. Service mmg okey, harga okey, service after dah beli barang pun ok sbb owner blogshop still contact bgtau update terbaru through e-mail. Tp x lawan shawl Lysta la...blog owner, scha slalu sms saya if dia dah update blog dia. class kan?Ok, so tak perlu takut kalau nk beli barang online kt web ni sbb ni bkn blog tipu. U have to beware if nk beli online kan?Certain blog mcm tipu duit je tp barang x sampai. Bila tanya napa brg x sampai..dia kata salah pos ofis konon..tp sbnrnya diorang x pernah hantar. Hati2 ya. So here's the link:

Serenity Shawl



Second blog shop ialah blog shop yg jual instant hijab cthnya macam tudung ekin, tudung ariani tudung akma, balqis dan lain-lain. Saya pegi blog ni sbb nk cari instant tudung for my mum sempena Mother's Day. Mmg puas hati la dgn tudung2 dia. Ku beli banyak bole minta diskaun la kot, sbb ari tu saya minta diskaun, byk jg dapat. Hehehehe. Bila dah dpt tudung kat tgn...waaa..lawa sesgt..lbh lawa dr dlm gmbr. Tudung2 mcm ni..saya rasa org2 tua sesuai la ye. heheheheh. Yg muda remaja mcm x brp sesuai je. Tp x sure la kan..masing2 ada taste masing2. Secara kesimpulannya saya telah membeli 4 tudung dr blog ini.3 utk mak...satu utk saya...nk pakai buat mengajar nnt :p

ILUVTUDUNG

So guys, happy online shopping. Those two links approved by me to be safe!!hahahaha

May 10, 2010

Funny n Cute Animation



I laugh out loud at 0:40 - 0:50. Hahahahah :D

May 4, 2010

Betul-betul x dak kerja

Okay, di sebabkan saya betul2 x da kerja so kerja utama saya ialah baca blog gossip and fb orang. Hohoho. Di sebabkan saya sgt prihatin dgn yuna (opppsss...) and blog Beautifulnara..hahahahah!!!! Yuna update notes je..terus bgtau bang nara. Tak paham?Ok sila lihat gmbr di bawah.

Okey, kantoi guna nama ija. Pas ni tukar nama lg klu nak komen :P

Entry ini boleh di lihat di http://beautifulnara.com/yuna-anda-buat-kami-makin-sayang-kat-anda/

Adui!!!Memang betul2 xde keje kn?Hahahaah!!!!Pas ni x buat dah

Make-up Review : Natural Collection Lipstick

One of my fav lipstick from Natural Collection. Cranberry color. Very suit my skin, didn't dry my lips and it looks very natural on me. Its not long lasting - but I like it because easy to remove when want to perform our prayer. Tp di Malaysia ada ka?Last time I bought from Boots, still have one more stock left. Semua color from Natural Collection mmg lawa! But I recommend cranberry for natural look ;) Suitable for daily use n simple occasion


Disclaimer: The review is based on my personal opinion. Result may be vary on different types of skin,colour and weather

May 2, 2010

Graduan menganggur : Salah Siapa?

This is my personal view. Tidak ada kene mengena dengan yang masih hidup atau yang telah tiada. Penulis ingin memohon maaf jika ada pihak yang terasa atau berkecil hati dengan penulisan ini. Tiada serangan peribadi kepada sesiapa pun.

Kita sering mendengar mengenai masalah graduan menganggur sejak dari dahulu lagi. Telah banyak perdebatan, hujah-hujah dan perlaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan atau pun badan-badan swasta yang lain untuk menangani masalah ini. Akan tetapi, masalah ini seperti tiada jalan penyelesaiannya malah ianya bertambah dari tahun ke tahun. Apakah punca masalah ini dan siapa sebenarnya yang harus di persalahkan dalam hal ini?Adakah graduan itu sendiri? Industri? Institusi pendidikan? Kerajaan? atau ibu bapa? Mari ikuti dialog di bawah (rekaan semata-mata) : -

Graduan : Saya masih menganggur sampai ke hari ini. Tiada satu pun syarikat atau industri yang mahu mengambil saya bekerja.



Industri : Kami tidak mengambil kamu bekerja kerana kamu kekurangan skill yang kami perlukan. kamu tidak ada pengetahuan dan kepakaran dalam bidang ini dan kamu juga kurang pandai berkomunikasi.




Graduan : Ya, saya mengaku itu memamg kesalahan saya. Saya seharusnya menyiapkan diri saya sebelum memohon kerja dengan tuan. Tapi saya juga ingin menyalahkan pensyarah kerana tidak memberi informasi dan pengetahuan yang secukupnya sebelum saya tamat pengajian dan memasuki ke alam pekerjaan yang sebenar.




Pensyarah : Saya telah memberikan yang terbaik dan saya juga telah kongsikan segala ilmu dan kepakaran yang saya ada kepada kamu. Saya sememangnya berpengalaman kerana telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Saya berpendapat bahawa kamu mungkin tidak sesuai dengan bidang ini atau pun pasaran kerja untuk bidang ini sudah berkurangan. Kamu seharusnya lebih bijak memilih bidang yang sesuai untuk diri kamu dan bidang yang kamu betul-betul minati.




Graduan : Ya, mungkin itu ada juga benarnya. Bidang ini tidak sesuai dengan saya kerana ini bukan bidang yang saya minta ketika memohon untuk kemasukan universiti. Terdapat lima pilihan bidang yang saya pilih tetapi semuanya melepas. Pendek kata, saya telah 'di lelong' untuk memasuki bidang ini. Jadi saya salahkan UPU kerana telah melelong saya ke bidang ini.




UPU : Kamu seharusnya tidak menyalahkan kami. Ketika membuat pilihan, kamu sepatutnya memilih dengan bijak dan memadankan dengan kualiti dan kualifikasi kamu. Kamu juga sepatutnya fokus kepada pesaing-pesaing kamu dan peluang pekerjaan yang ada. Kamu mungkin memilih lima bidang yang semua pesaing kamu yang lebih berkelayakan telah pilih. Jadi peluang kamu lebih tipis. Ada lebih dari seratus bidang yang ditawarkan oleh universiti tetapi kebanyakan pelajar hanya memilih bidang-bidang yang popular. Di sinilah saingan sengit berlaku.




Graduan : Okey, itu juga mungkin kesalahan saya kerana tidak membuat
research terlebih dahulu sebelum memohon ke universiti. Tetapi saya menyalahkan guru sekolah saya kerana tidak memberi pendedahan kepada bidang-bidang lain selain daripada bidang-bidang popular seperti doktor, guru, doktor gigi, jurutera, jururawat dan sebagainya lagi.



Guru : Jangan salahkan guru sahaja. Selain daripada guru, ibu bapa juga perlu memberi pendedahan pada anak-anak mereka. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk corak masa depan anak-anak mereka.




Ibu Bapa : Dalam hal pendidikan kami tidaklah melepaskan 100% tanggungan kepada sekolah. Tetapi apa yang kami mampu buat?Kami tidak ada pengetahuan dan pendidikan yang tinggi seperti guru-guru sekolah. Kami hanyalah orang kampung biasa sahaja yang ada di antaranya tidak pandai membaca dan menulis tetapi berharap agar anak-anak kami berjaya dan mampu mengubah hidup kami suatu masa nanti dengan pendidikan yang tinggi. Jadi kami berharap agar guru-guru lebih memberi pendedahan kepada anak-anak kami tentang bidang-bidang yang kritikal yang perlu diceburi oleh mereka dan bukan sahaja bidang yang popular kerana kami sedia maklum akan bidang-bidang popular tersebut.




Guru : Iya, saya faham akan masalah Ibu Bapa semua. Tapi hal yang sebenarnya, saya juga telah dilelong ketika memohon kemasukan universiti. Saya perlu mencari peluang pekerjaan selain daripada bidang yang telah saya pelajari. Jadi saya memilih untuk menjadi guru kerana profesyen ini mudah untuk saya dan menjanjikan gaji yang lumayan.




Orang Cute : Jadi adakah kamu memasuki profesyen guru kerana terpaksa dan bukannya kerana minat?




Guru : Lebih kurang begitu, tetapi saya telah dilatih selama beberapa bulan untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya.




Orang Cute : Adakah itu cukup?Adakah kamu mempunyai motivasi yang tinggi untuk memotivasikan pelajar-pelajar kamu?




Guru : Iya, saya rasa saya mempunyai motivasi dan saya juga telah menasihati pelajar-pelajar saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan lulus dalam peperiksaan SPM supaya mereka boleh memasuki universiti ataupun matrikulasi.




Orang Cute : Itu sahaja?Adakah kamu memberi pendedahan kepada mereka tentang peluang-peluang pekerjaan yang ada di negara kita selain daripada bidang-bidang yang popular?




Guru : Saya sendiri kurang arif mengenai bidang-bidang lain selain daripada bidang-bidang yang popular.




Orang Cute : Kenapa kamu tidak membuat
research? Kamu kan seorang pendidik?Kamu juga pemegang ijazah dan telah mempunyai pengalaman mengenai kesusahan kamu mendapatkan pekerjaan. Adakah kamu menasihati pelajar-pelajar kamu supaya jangan risau jika tiada pekerjaan kelak bahawa mereka boleh memilih memasuki profesyen guru?



Guru : Saya rasa itu adalah tugas seorang kaunselor kerjaya sekolah.




Orang Cute : Kamu adalah seorang pendidik. Kamu adalah di antara orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Kamu seharusnya memberi contoh yang baik kepada pelajar kamu dan tidak melepaskan tanggungjawab yang lain dan hanya fokus dengan mengajar mata pelajaran tertentu sahaja. Persepsi kamu harus di ubah. Kamu adalah orang yang bertanggungjawab 'melentur buluh dari rebung'. Kamu lah orang yang seharusnya memberi pendedahan awal kepada pelajar.




Guru : ???????



Okey, dialog di atas adalah rekaan semata-mata. Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah pelajar-pelajar seharusnya diberikan pendedahan mengenai kerjaya dan peluang pekerjaan sejak dari bangku sekolah lagi supaya mereka lebih fokus dan tidak menyesal di kemudian hari. Mungkin tidak ramai ibu bapa yang dapat memberi pendedahan awal kepada anak-anaknya kerana mereka tidak berpendidikan tinggi. Jadi di sini guru-guru lah yang memainkan peranan yang penting.

Guru-guru atau pendidik seharusnya mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas supaya dapat berkongsi dengan pelajar-pelajarnya. Guru-guru sepatutnya lebih banyak membaca dan alert akan isu-isu semasa kerana meraka kan seorang pendidik dan pemegang ijazah. kalau guru-guru berijazah ini sendiri tidak tahu mengenai hal-hal tertentu yang penting, tidak malu kah mereka? Kalau bidang 'Actuarial Science' pun mereka tidak tahu, macam mana mereka nak dedahkan mengenai bidang ini kepada pelajar mereka? Kenapa guru-guru tidak dedahkan bidang-bidang lain yang juga menjanjikan peluang pekerjaan seperti kimia industri, speech therapist, akaun forensik dan sebagainya. Kesimpulannya, guru-guru selain dari mendidik mereka juga perlu membuat research. Di kala ini research bukanlah sesuatu yang sukar kerana adanya teknologi dan dunia tanpa sempadan. You can always ask google to solve your problem. Saya tidak menyalahkan guru sekolah 100% tetapi sesetengah mentaliti guru sangatlah rendah seperti tiada ijazah (okay, I'm talking about teachers with degree only ya).Sebagai contoh "Apa course awak ambil?" "Actuarial science" "owh, patutlah awak susah nak dapat kerja." or "Bidang perikanan sekarang ni mmg susah nak cari pekerjaan" Inilah contoh guru yang tidak berpengetahuan luas. Think before you act. Sometimes if you doesn't know about something, please ask or do not make assumptions that you know because you don't.It is quite embarrassed.

Jadi nasihat saya senang sahaja, kepada para guru dan bakal guru semua, sila membuat persiapan yang secukupnya kerana kamulah pendidik yang mendidik generasi masa hadapan yang bakal mewarisi pucuk pimpinan negara. Bukan menjadikan profesyen guru sebagai batu loncatan kamu mendapatkan pekerjaan yang selesa. Dan seperkara lagi, tolonglah menjadi dan menunjuk contoh yang baik kepada pelajar-pelajar kamu. Contoh : Janganlah upload gambar kamu yang menjolok mata atau minum di bar di internet kerana ianya memberi perspektif yang negatif terhadap kamu. Bagi saya (orang yang innocent), guru adalah seorang yang berdisiplin dan tidak terjebak dengan masalah-masalah sosial sebegini. Kalau saya yang jadi ibu bapa dan nampak guru kepada anak-anak saya berperlakuan seperti ini, akan terdetiklah "Hah??Ini kah guru yang mendidik anak saya?Saya tidak mahu dia mengajar anak saya lagi kerana ia seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus"

Okey, terima kasih kerana kamu dapat menghabiskan membaca karangan sekolah rendah ini.
 

Template by Best Web Hosting