Kita sering mendengar mengenai masalah graduan menganggur sejak dari dahulu lagi. Telah banyak perdebatan, hujah-hujah dan perlaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan atau pun badan-badan swasta yang lain untuk menangani masalah ini. Akan tetapi, masalah ini seperti tiada jalan penyelesaiannya malah ianya bertambah dari tahun ke tahun. Apakah punca masalah ini dan siapa sebenarnya yang harus di persalahkan dalam hal ini?Adakah graduan itu sendiri? Industri? Institusi pendidikan? Kerajaan? atau ibu bapa? Mari ikuti dialog di bawah (rekaan semata-mata) : -
Graduan : Saya masih menganggur sampai ke hari ini. Tiada satu pun syarikat atau industri yang mahu mengambil saya bekerja.
Industri : Kami tidak mengambil kamu bekerja kerana kamu kekurangan skill yang kami perlukan. kamu tidak ada pengetahuan dan kepakaran dalam bidang ini dan kamu juga kurang pandai berkomunikasi.
Graduan : Ya, saya mengaku itu memamg kesalahan saya. Saya seharusnya menyiapkan diri saya sebelum memohon kerja dengan tuan. Tapi saya juga ingin menyalahkan pensyarah kerana tidak memberi informasi dan pengetahuan yang secukupnya sebelum saya tamat pengajian dan memasuki ke alam pekerjaan yang sebenar.
Pensyarah : Saya telah memberikan yang terbaik dan saya juga telah kongsikan segala ilmu dan kepakaran yang saya ada kepada kamu. Saya sememangnya berpengalaman kerana telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Saya berpendapat bahawa kamu mungkin tidak sesuai dengan bidang ini atau pun pasaran kerja untuk bidang ini sudah berkurangan. Kamu seharusnya lebih bijak memilih bidang yang sesuai untuk diri kamu dan bidang yang kamu betul-betul minati.
Graduan : Ya, mungkin itu ada juga benarnya. Bidang ini tidak sesuai dengan saya kerana ini bukan bidang yang saya minta ketika memohon untuk kemasukan universiti. Terdapat lima pilihan bidang yang saya pilih tetapi semuanya melepas. Pendek kata, saya telah 'di lelong' untuk memasuki bidang ini. Jadi saya salahkan UPU kerana telah melelong saya ke bidang ini.
UPU : Kamu seharusnya tidak menyalahkan kami. Ketika membuat pilihan, kamu sepatutnya memilih dengan bijak dan memadankan dengan kualiti dan kualifikasi kamu. Kamu juga sepatutnya fokus kepada pesaing-pesaing kamu dan peluang pekerjaan yang ada. Kamu mungkin memilih lima bidang yang semua pesaing kamu yang lebih berkelayakan telah pilih. Jadi peluang kamu lebih tipis. Ada lebih dari seratus bidang yang ditawarkan oleh universiti tetapi kebanyakan pelajar hanya memilih bidang-bidang yang popular. Di sinilah saingan sengit berlaku.
Graduan : Okey, itu juga mungkin kesalahan saya kerana tidak membuat research terlebih dahulu sebelum memohon ke universiti. Tetapi saya menyalahkan guru sekolah saya kerana tidak memberi pendedahan kepada bidang-bidang lain selain daripada bidang-bidang popular seperti doktor, guru, doktor gigi, jurutera, jururawat dan sebagainya lagi.
Guru : Jangan salahkan guru sahaja. Selain daripada guru, ibu bapa juga perlu memberi pendedahan pada anak-anak mereka. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk corak masa depan anak-anak mereka.
Ibu Bapa : Dalam hal pendidikan kami tidaklah melepaskan 100% tanggungan kepada sekolah. Tetapi apa yang kami mampu buat?Kami tidak ada pengetahuan dan pendidikan yang tinggi seperti guru-guru sekolah. Kami hanyalah orang kampung biasa sahaja yang ada di antaranya tidak pandai membaca dan menulis tetapi berharap agar anak-anak kami berjaya dan mampu mengubah hidup kami suatu masa nanti dengan pendidikan yang tinggi. Jadi kami berharap agar guru-guru lebih memberi pendedahan kepada anak-anak kami tentang bidang-bidang yang kritikal yang perlu diceburi oleh mereka dan bukan sahaja bidang yang popular kerana kami sedia maklum akan bidang-bidang popular tersebut.
Guru : Iya, saya faham akan masalah Ibu Bapa semua. Tapi hal yang sebenarnya, saya juga telah dilelong ketika memohon kemasukan universiti. Saya perlu mencari peluang pekerjaan selain daripada bidang yang telah saya pelajari. Jadi saya memilih untuk menjadi guru kerana profesyen ini mudah untuk saya dan menjanjikan gaji yang lumayan.
Orang Cute : Jadi adakah kamu memasuki profesyen guru kerana terpaksa dan bukannya kerana minat?
Guru : Lebih kurang begitu, tetapi saya telah dilatih selama beberapa bulan untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya.
Orang Cute : Adakah itu cukup?Adakah kamu mempunyai motivasi yang tinggi untuk memotivasikan pelajar-pelajar kamu?
Guru : Iya, saya rasa saya mempunyai motivasi dan saya juga telah menasihati pelajar-pelajar saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan lulus dalam peperiksaan SPM supaya mereka boleh memasuki universiti ataupun matrikulasi.
Orang Cute : Itu sahaja?Adakah kamu memberi pendedahan kepada mereka tentang peluang-peluang pekerjaan yang ada di negara kita selain daripada bidang-bidang yang popular?
Guru : Saya sendiri kurang arif mengenai bidang-bidang lain selain daripada bidang-bidang yang popular.
Orang Cute : Kenapa kamu tidak membuat research? Kamu kan seorang pendidik?Kamu juga pemegang ijazah dan telah mempunyai pengalaman mengenai kesusahan kamu mendapatkan pekerjaan. Adakah kamu menasihati pelajar-pelajar kamu supaya jangan risau jika tiada pekerjaan kelak bahawa mereka boleh memilih memasuki profesyen guru?
Guru : Saya rasa itu adalah tugas seorang kaunselor kerjaya sekolah.
Orang Cute : Kamu adalah seorang pendidik. Kamu adalah di antara orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Kamu seharusnya memberi contoh yang baik kepada pelajar kamu dan tidak melepaskan tanggungjawab yang lain dan hanya fokus dengan mengajar mata pelajaran tertentu sahaja. Persepsi kamu harus di ubah. Kamu adalah orang yang bertanggungjawab 'melentur buluh dari rebung'. Kamu lah orang yang seharusnya memberi pendedahan awal kepada pelajar.
Guru : ???????

Okey, dialog di atas adalah rekaan semata-mata. Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah pelajar-pelajar seharusnya diberikan pendedahan mengenai kerjaya dan peluang pekerjaan sejak dari bangku sekolah lagi supaya mereka lebih fokus dan tidak menyesal di kemudian hari. Mungkin tidak ramai ibu bapa yang dapat memberi pendedahan awal kepada anak-anaknya kerana mereka tidak berpendidikan tinggi. Jadi di sini guru-guru lah yang memainkan peranan yang penting.
Guru-guru atau pendidik seharusnya mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas supaya dapat berkongsi dengan pelajar-pelajarnya. Guru-guru sepatutnya lebih banyak membaca dan alert akan isu-isu semasa kerana meraka kan seorang pendidik dan pemegang ijazah. kalau guru-guru berijazah ini sendiri tidak tahu mengenai hal-hal tertentu yang penting, tidak malu kah mereka? Kalau bidang 'Actuarial Science' pun mereka tidak tahu, macam mana mereka nak dedahkan mengenai bidang ini kepada pelajar mereka? Kenapa guru-guru tidak dedahkan bidang-bidang lain yang juga menjanjikan peluang pekerjaan seperti kimia industri, speech therapist, akaun forensik dan sebagainya. Kesimpulannya, guru-guru selain dari mendidik mereka juga perlu membuat research. Di kala ini research bukanlah sesuatu yang sukar kerana adanya teknologi dan dunia tanpa sempadan. You can always ask google to solve your problem. Saya tidak menyalahkan guru sekolah 100% tetapi sesetengah mentaliti guru sangatlah rendah seperti tiada ijazah (okay, I'm talking about teachers with degree only ya).Sebagai contoh "Apa course awak ambil?" "Actuarial science" "owh, patutlah awak susah nak dapat kerja." or "Bidang perikanan sekarang ni mmg susah nak cari pekerjaan" Inilah contoh guru yang tidak berpengetahuan luas. Think before you act. Sometimes if you doesn't know about something, please ask or do not make assumptions that you know because you don't.It is quite embarrassed.
Jadi nasihat saya senang sahaja, kepada para guru dan bakal guru semua, sila membuat persiapan yang secukupnya kerana kamulah pendidik yang mendidik generasi masa hadapan yang bakal mewarisi pucuk pimpinan negara. Bukan menjadikan profesyen guru sebagai batu loncatan kamu mendapatkan pekerjaan yang selesa. Dan seperkara lagi, tolonglah menjadi dan menunjuk contoh yang baik kepada pelajar-pelajar kamu. Contoh : Janganlah upload gambar kamu yang menjolok mata atau minum di bar di internet kerana ianya memberi perspektif yang negatif terhadap kamu. Bagi saya (orang yang innocent), guru adalah seorang yang berdisiplin dan tidak terjebak dengan masalah-masalah sosial sebegini. Kalau saya yang jadi ibu bapa dan nampak guru kepada anak-anak saya berperlakuan seperti ini, akan terdetiklah "Hah??Ini kah guru yang mendidik anak saya?Saya tidak mahu dia mengajar anak saya lagi kerana ia seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus"
Okey, terima kasih kerana kamu dapat menghabiskan membaca karangan sekolah rendah ini.
0 comments:
Post a Comment