::So7-Bobrok::
Baiklah entri kali ini ditulis dlm bahasa melayu kerana saya ingin becerita tentang orang melayu (cm tiada kaitan jak ni??). Cerita ini baru saja diterima pagi tadi. Ini juga merupakan entri pertama saya tentang politik. Saya jarang bercerita tentang politik kerana tidak berapa minat, x gemar dan tiada pengetahuan yang sangat luas. Ceritanya begini....
Sahabat baik saya yang bernama Puan Tifa tinggal di sebuah perumahan/kejiranan/kampung di sebuah negeri di utara tanah air. Dia bersama suami pergi solat jemaah maghrib semlm di salah sebuah surau disitu. Alhamdulillah...baiknye mereka. Saya berharap di masa hadapan jika saya dan ofi ada jodoh..kami juga bakal mengikut jejak langkah tifa dan suami. Tak pegi selalu, tp kadang2 pun kira dah ok.
Dipendekkan cerita, puan tifa mengalami sendiri pengalaman paling teruk ini. Pada saat itu ..ustaz ******s yang merupakan ex-imam negara dan pernah bertanding di kerusi panas di pulau pinang telah menjadi imam utuk solat maghrib tersebut. Tetapi terdapat bbrp kumpulan manusia tidak mengikuti jemaah tersebut. Puan tifa mulanya ingat kumpulan itu sudah selesai solat atau pun ruang surau tidak mencukupi. Tetapi sangkaan belia tidak tepat sama sekali. Selesai sahaja ustaz ******s m'imamkan jemaah tersebut, kumpulan itu terus buat jemaah baru dan solat maghrib.
Kenapakah kumpulan tersebut berbuat demikian??Kerana imam tadi adalah ahli sebuah persatuan politik manakala kumpulan tersebut adalah parti lawan. Tidakkah ini alasan yang sangat b***h??Maaf jika saya menggunakan perkataan kesat. (Tapi saya x cakap pun...saja type...tp x ckp..plg teruk pun hari tu saya cakap b*****g dpn ofi...bkn ditujukan pada dia..tp pd org lain..itu pun dah cukup kasar...tp klu bdk umah saya, b*****g ni perkataan ruji dan x kasar..tp sbb keluar dr saya yg x pernah ckp ini...bunyinya agak kasar). Back to the story..heheheh
In my opinion (chewah!!!!), jika namanya sdh islam dan jika sdh sama2 pergi ke surau atau masjid untuk berjemaah, mengapa ada lagi sifat2 begini?Sifat berkumpulan??Sikap kepartian??Bukankah sdh di riwayatkan bahawa solat jemaah itu antara salah satunya ialah untuk merapatkan silaturahim dan sama rata?Kenapa perlu pilih2 imam?Saya pernah terdengar dahulu bahawa kalau seseoarang itu tidak disukai atau dibenci ramai, dia tidak boleh menjadi imam. Betulkah itu??Tapi di dalam syarat sah menjadi imam...tiada pula tertulis begitu. Maaf, saya tidaklah begitu arif dalam ilmu agama. Tapi cuba kita berfikiran logik, kalau tidak mahu berjemaah, bermakna tidak mahu bersatu dan jika tidak bersatu maka hancurlah kumpulan tersebut. Sbnrnya saya mahu cakap melayu dan islam tapi ntah la mcm mn..nasib saya bukan melayu kan?Hahahahahah...gurau je. Kalau benda wajib dan besar macam ni pun x boleh bersatu (berjemaah) maka dalam masalah2 lain pun tidak akan bersatu. Kelak nanti bangsa ini akan jatuh dan mundur. Nanti klu sudah terhantuk baru hendak terngadah.
Saya sangat sedih mendengar cerita ini. Saya juga sedih mendengar kejadian bakar bendera di lahad datu. Sikit2 bakar bendera..sikit2 bakar bendera. Dah tak ada cara lain ka??? Cuba la cari idea baru sikit :P . Di sini ingin saya tegaskan sekali lagi, kalau tak mahu solaat jemaah kt situ...solat la kt rumah je...takpun buat masjid/surau sendiri pastu buat signboard...hanya kumpulan ini sahaja boleh solat kat masjid ini. Ya Allah...umat Mu di akhir zaman ini memang dah kronik. Last advice, tlg lah jgn jd fanatik sangat sampai mengabaikan hukum hakam agama. Saya bakal mengupdate berita terbaru lagi dari puan tifa tentang keadaan panas di sana..almaklumla tgh nak election gitu.....Semoga Allah mengampunkan semua dosa umat islam di dunia ini...amin.....
resepi mudah ayam masak butter
4 years ago
0 comments:
Post a Comment