Mar 3, 2009

030306 - Special Entry

::BCL-Tentang Kamu::

Entri kali ini ditulis dlm bahasa melayu dan menggunakan stail penulisan blog cinoi dan ona (maaf kerana telah m'plagirisme anda..ampun ya...tp agak bebeza sedikit!). Hari ini saya tidak ada masa utk berlatih bahasa inggeris wlupun saya tahu 'practise make perfect'. Saya ingin menulis blog dengan cepat dan malas untuk mencari ayat dlm BI memandangkan kerja2 kuliah saya banyak lagi yang tertangguh. Tapi saya tidak boleh menangguhkan entri khas ini kerana ianya sangat istimewa buat saya. Walaupun si Dia tgh marahkan saya pada ketika ini, tapi saya tetap ingin menulis entri ini.

Tepat pada tanggal hari ini (030309), saya telah mengenali si Dia selama 3 tahun. Bagi saya 3 tahun itu adalah tempoh yang agak lama. Tp 3 tahun ini tidak dpt mengalahkan rekod aza dan pasangannya poh, kerana mereka telah lebih dahulu memadu asmara sejak di zaman matrikulasi lagi. =P

Bagaimana saya mengenali si Dia?
Pada penggal kedua bulan febuari iaitu di antara 15-28hb (tidak begitu pasti tarikh yg sebenar..maaf), Aimi telah datang ke bilik saya untuk meminjam komputer riba saya dan juga pelayar internet untuk menghantar kerja kursus BI beliau. Dalam masa yang sama, Aimi meminta kebenaran untuk menambah rakan beliau dalam Yahoo Messenger saya. Saya pun yang ketika itu tengah duduk di atas katil mengangguk-anngukkn kepala. Keesokan harinya barulah saya memeriksa kandungan YM saya dan mendapati ID berikut de*****. Saya pun menegur beliau dalam bahasa jepun kerana pada mulanya saya sangkakan bahawa Aimi mahu mengenalkan saya dgn buah hati beliau yg pada ketika itu tgh belajar di Jepun. 'O-genki desu ka'...'okie dokie desu'. Jawapan agak berbeza, dan terdetik dihati saya bahwa ini bukan kekasih Aimi. Siapakah beliau? Jadi bermulalah perkenalan di antara kami berdua (tp si Dia mengatakan bahawa pada ketika itu sahabat baik beliau yg telah melayan saya di YM tersebut).

Pada 030306 bersamaan dengan hari jumaat, si Dia yg baik hati ingin membawa Aimi ke KLIA untuk berjumpa dengan kekasih hatinya yg pulang bercuti dari Jepun. Saya pun menemani Aimi dan dlm masa yg sama ingin berjumpa dan berkenalan dgn si Dia. Saya mengambil masa yg agak lama juga untuk membuat keputusan tersebut dan menukar pakaian sebanyak 2-3 pasang jg la. Tp tidak mengapa kerana si Dia jg lambat(owh dia mmg begitu =p ampun pak!!!). Dalam perjalanan ke KLIA si Dia telah memsang lagu2 So7 dan ketika lagu kegemaran saya diputarkan, si Dia telah menambah volume speakernya. Wah, sungguh romantis!! Selepas berjumpa pada kali pertamanya, kami pun seperti biasa berborak2 di dalam YM. Dia telah memberi teka teki kepada saya (saya terlupa apakah teka teki si Dia ketika ini) tetapi jika saya tidak dapat menjawabnya, saya harus belanja si Dia. Di pendekkan cerita, saya tidak dapat menjawab teka teki beliau. Tetapi yang peliknya, si Dia kata biarlah kerana lelaki yg sepatutnya belanja perempuan (sudah terbalik kerana saya yg tidak dpt menjawab teka teki tersebut tp mengapa si Dia yg ingin belanja saya?) Adakah ini taktik untuk keluar bersama?Hahahaha. Anda fikirkanlah sendiri. Gambar dibawah adalah gambar pertama si Dia hantar kepada saya melalui YM. Sila perhatikan avatar YM saya sebelum avatar itu bertudung. Hehehe.(tp saya sebenarnya telah banyak mencuri gambar si Dia dr blog si Dia secara senyap)
Pada 100306,pukul 330 ptg bersamaan dengan hari jumaat jg, kami pun keluar makan bersama di Secret Recipe, Shah Alam City Centre. (tujuan sebenar ialah si Dia ingin menemu ramah saya untuk kerja kursus agama beliau). Makanan pada hari itu ialah fish and chip yang di bahagi 2 dan minuman oreo. Sejak dari detik itu, kami pun sentiasa keluar bersama tiap-tiap minggu (tidak pernah tinggal ya!). Cerita wayang yang kami tonton bersama buat pertama kalinya ialah Nanny Mcphee di OU (150306). Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke OU (oh, kasihannya saya) dan kami telah lunch bersama di chicken tepanyaki berhadapan dengan giant. Di bawah ini adalah gambar pertama kami yang di ambil pada 110406 ketika kami berjalan2 ke Aquaria KLCC.

and the rest was history. Kami telah menempuh banyak suka dan duka bersama selama 3 tahun ini. Halangan utama ialah Cemburu?Iya, memang saya seorang yang kuat cemburu tp cemburu itukan tandanya sayang?Hehehehe. Walaupun saya tahu saya selalu berazam untuk berubah, tetapi tidak menunaikannya, saya sebenarnya boleh melakukannya. Saya mempunyai reputasi dan rekod yg sangat baik dalam berjanji tau! (iya kan kawan2??). Hehehehe. Tp ada satu janji saya belum tunaikan kepada kawan saya iaitu saudari joyah. Saya berjanji untuk membelikannya beg tangan guess yg murah (anda tahukn di mana?). Saya memang ingat tapi saya tiada masa untuk pergi ke pejabat pos ketika itu. Jangan risau saudari joyah, saya tetap akan membelinya untuk kamu tetapi hanya akan memberinya jika kita bertemu di masa hadapan (sbb saya sgt malas menghantar melalui pos malaysia). Sorry ya! Disini saya ingin memperlihatkan kepada anda semua, diari cinta saya dari tahun 2006 hingga kini. Hehehehe.


Jika ada orang berkata bahawa saya tidak pandai berubah, jangan tidak tahu bahawa saya telah meninggalkan sikap buruk saya dari 15 perkara kepada 2 perkara sahaja. Semua perkara ini ialah perkara yang telah diberitahu kepada saya. Mungkin ramai yang tidak sedar. Tidak percaya?Ayuh kita lihat. Sekurang2nya saya berusaha bukan? Yang di padam dalam gambar di bawah adalah mungkin saya telah menunaikannya atau pun censored. Hohohoh.

Akhir sekali saya tinggalkan anda dengan gambar kegemaran saya yg tidak pernah lagi di lihat umum. Hehehe. Semoga si Dia tidak lagi marah atau geram terhadap saya yang comel ini. wink2*

Ini adalah gambar terakhir kami berdua di KLIA. Adakah sudah takdir kami berdua?Berjumpa di KLIA dan Berpisah di KLIA??Owh, saya tidak mahu jadi begitu..

8 comments:

Anonymous said...

hey dj dearie,

what's up lah babe? adatla kalau tergigit lidah, terkasar bahasa sekali sekala. but not up to the extent, to make it like the end of the world. the fullstop of every beginning! long distance relationship is hard, yeah i do understand. and hellooo, u two just being apart like few months aje tau! bukan mcm i yg makan bertahun ne! no offense, being apart will heat up by jealousy. i think its normal. because we were no longer close to each other physically to witness or stick with our loves one. am not going to be prejudice by judging anyone between you two. the fact, i have no idea about the arguments and such. whatever it is, if u feel he/she is the right one for you when there's a wind or storm, that is the utmost we need to stand strong and hold the love. take a deep breath and think. love may come and go, but true love only come for once. my two cents, my dear friend! *wink*

azanin said...

memadu asmara? hehehhe
malu plak...

FionaHafiz said...

penulisan mu lebih dramatik la dj
aku terpaksa menggunakan otakkku dgn lebi keras utk memahami maklumat huhuhuhu
however...x mgkn la ofie bisa merajuk lm2 pd kamu
bangsa2 comel spt kita..haha

Ieda J said...

Cerita ini...sooo sweettttt....Akak dokan kalian berdua baik2 aja ya...gaduh2 manja tuh...biasa la....

Cinoi Lavigne said...

waa..agak jiwang di situ. menulis dlm bahasa melayu can sound so jiwang kan.haiz...

Ad's mom said...

tq semua. Amin2.

Aza:malu2 kucing plak ko

Thanks kak ida, ona n huda.

Ad's mom said...

betul la cinoi..jiwang..hehehe..tp BI x terer pon

azurasirri said...

soooooooooooo sweeeeettttttttt...huhu

 

Template by Best Web Hosting