Oct 19, 2008

Sesi Jiwang2 Bersama ahkak pinky

:: Mytha - Pupus (cover dewa) ::



Jika kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang,setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis. Alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kepada hamba-hamba- Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.Kenapa jadi begitu?



Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti,peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran,kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain.Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan airmata dan perbuatan kamu itu akanmemulakan satu derita...Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan.... Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain,yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya...



Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu....Sesungguhnya setiap perbuatan itu akanada balasannya.. Renungkanlah...



*Dedicate to A n E (bukan nama sbnr..heheh)..live life to the fullest...bunga bkn sekuntum..kumbang pn bkn seekor. Copy n paste from abg amir smsld..hehehe..jiwang jg posting bang amir ni,mn lg la dia dpt ni....

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting